Showing posts with label santapan rohani ^_^. Show all posts
Showing posts with label santapan rohani ^_^. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

~Zikir Harian~

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.



HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
~ memperoleh harta yang banyak dan keberkatan hidup.


HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
~ diberi ganjaran pahala sebesar Gunung Uhud dan kekuatan ibadah kepadanya.



HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
~ mendapat rahmat Allah dan syafaat Rasulullah di dunia dan akhirat.



HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
~ dihilangkan satu titik hitam didalam hati dan diberi keampunan dari Allah.



HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
diampunkan dosa sebanyak buih dilaut atau pasir di bumi.


HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
~ diberi ketenangan hati dan merasa kelazatan zikrullah.



HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )
~ Allah akan hampir kepada kita dan memberi segala kebaikan hamba yang memujiNya.

Saturday, July 16, 2011

~Nifsu Syaaban~

Malam Pengampunan


Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
 “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya danmenyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.” sabda Nabi s.a.w.


Jadi  marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.