Showing posts with label Muhasabah Diri ^_^. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri ^_^. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

~Hiasan Dunia~

WANITA SOLEHAH


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, 
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, 
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, 
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.


Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.



Ya Allah jadikanlah aku sebagaimana wanita di atas...bukakan lah hatiku untuk sentiasa bertaubat kepadaMu, jadikanlah aku wanita yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatMu, bersabar dengan setiap dugaanMu, dan redha dengan segala ketentuanMu..Amin~

~Sederhana~

“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!”(HR ABU DAUD)


BERSEDERHANA adalah sebaik-sebaik amalan yang dituntut oleh agama kita. Walau sesiapa pun kita, jgn lupa bahawa kita ini sama sahaja di sisiNya. Allah tidak pernah membezakan kita sebagai hamba mengikut pangkat, harta, kecantikan atau pun kejayaan di atas muka bumi ini. Yang dilihat adalah sebanyak mana amalan kita sebagai makhluk yang taat, juga sejauh mana usaha kita dalam mengejar sesuatu impian itu.
Namun adakah mesti untuk kita sebagai hamba yang hina dan tidak punya apa ini untuk bermegah dengan apa yang telah kita kecap selama ini.Kekayaan, kemewahan, kecantikan tidakkah semua ini hanya pinjaman? Bukankah lebih baik jika amalan merendah diri itu terus dijadikan asas yang kukuh dalam pengamalan harian kita sebagai seorang hamba. Barulah bertepatan dengan status kita sebagai seorang hamba.
Alangkah indahnya sekiranya kekayaan dan kecantikan itu digandingkan sama dengan limpahan budi dan nilai agama yang turut juga mencapai kemewahan tidak terhingga dalam diri kita sebagai seorang manusia.

Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS. 

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya. 

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.. 

Bersederhanalah. ..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara...

Saturday, July 16, 2011

~Lepaskanlah~



Redha..
Redhalah dengan apa yang telah terjadi.
Lepaskan ia pergi. Itulah yang terbaik. 
Allah sudah menentukannya. Jangan dikenang lagi..

Kadang-kadang kita terlalu lama mengenangkannya, 
sehingga kita tidak nampak jalan keluar yang lain. 
Apabila satu pintu kebahagian tertutup, Allah membuka pintu-pintu lain. 
Kita hanya perlu menyedari akan pintu-pintu itu. 
Rahmat Allah itu terlalu luas. Jangan diketepikan. 
Itu namanya manusia yang tidak tahu bersyukur...

Jangan kita tergolong di dalam golongan itu. 
Redhalah walaupun ia pahit. Redhalah walaupun ia sakit. 
Kerana Allah tahu yang terbaik...

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14: Ayat 7)