Wednesday, July 27, 2011

~To Forget & To Remember~

Sometimes you have to FORGET what you want, REMEMBER what you deserve..


To someone who I should REMEMBER to FORGET..
~ FORGET the 1st time we'd met, REMEMBER the last word I'd said to you..(Goodbye)
~ FORGET all my words for you, REMEMBER that it does not mean anything to you..
~ FORGET all the sweet memories we'd overcome, REMEMBER the tears I'd shed..
~ FORGET all the smiles, REMEMBER how you'd broke my heart...
~ FORGET that I love you, REMEMBER that you're not meant to me..
~ FORGET me, REMEMBER you'd choose her...


Tuesday, July 26, 2011

~Cyst in My Stomach!!~

CYST
A cyst is a closed sac, having a distinct membrane and division on the nearby tissue. It may contain air, fluids, or semi-solid material. A collection of pus is called an abscess, not a cyst. Once formed, a cyst could go away on its own or may have to be removed through surgery.


PANCREAS
The pancreas is an organ approximately six inches long that is located in the abdomen behind the stomach. The pancreas is divided into three regions; the head, the body, and the tail. The head of the pancreas is located in the right abdomen adjacent to the duodenum, the tail is in the left abdomen, and the body lies between the head and the tail.


PANCREATIC CYST
Pancreatic cysts are collections (pools) of fluid within the head, body, or tail of the pancreas. Some pancreatic cysts are true cysts, that is, they are lined by a special layer of cells that are responsible for secreting fluid into the cysts. Other cysts are pseudocysts and do not contain specialized lining cells. Pancreatic cysts can range from several millimeters to several centimeters in size.
Symptoms of pancreatic cyst
The symptoms of pancreatic cysts depend on their size and location. Small (less than two cm) cysts usually cause no symptoms. Large pancreatic cysts can cause abdominal pain and back pain presumably by putting pressure on surrounding tissues and nerves. Large cysts in the head of the pancreas also may cause jaundice (yellowing of the skin and eyes with darkening of urine color) due to obstruction of the common duct. Obstruction causes bile to back up and forces bilirubin (the chemical that produces jaundice) back into the bloodstream.
On rare occasions, acute pancreatitis can cause the formation of large pseudocysts that can compress the stomach or the duodenum leading to obstruction to flow within the intestines, abdominal pain and vomiting. These cysts also may become infected and lead to fever, chills, and sepsis.
Common position of pancreatic cyst

 

Wednesday, July 20, 2011

~Cameron Highland~

Sebenarnya dah lama dah g Cameron ni..tapi saja jer nak kongsi dgn semua..pada yang tak pernah pergi tu..enjoy gambar2 ni dulu k...nanti ada rezeki korang try la bercuti di sana..bagi yang memang suka tengok2 permandangan..view kat sini memang cantik2...enjoy!

bole wat cover album x?hehe
ok..masa ni baru je lepas check-in hotel trus datang sini..pasal agak dkat jugak la dengan hotel kitorang...sebenarnya saya pun dah lupa apa nama tempat ni....tapi kat sini macam2 ada...

sebelum jalan2 wajib makan strawberi dulu!


Pelbagai jenis bunga ada kat sini...yang tak pernah tengok pun ada..cantik2 semuanya..tu lah ciptaan Allah SWT...
aiskrim ke kaktus??

Orkid..

Periuk Kera..kenapa kera?

Kaktus lagi...

kat bahagian sayur2 lak..

3 stooges.hehe


 Ok...dah singgah sini takkan tak beli apa2 kan...kat sini kitorg borong pokok kaktus yang kecil tu..geram tengak pasal pelbagai bentuk n rupa...tapi beli kat sini mahal la sikit..kalau nak murah beli kat pasar malam!hehe

Hari ke-2....lawatan ke taman bunga dan Rose Garden...jom!

bunga kekwa..


bunga raya...

bunga mawar..
habis suda...sebenarnya banyak lagi gambar2..tapi disebabkan Encik Malas ada dengan saya sekarang ni..so ni je la yang saya boleh kongsi..hehe

Tuesday, July 19, 2011

~Hiasan Dunia~

WANITA SOLEHAH


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, 
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, 
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, 
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.


Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.



Ya Allah jadikanlah aku sebagaimana wanita di atas...bukakan lah hatiku untuk sentiasa bertaubat kepadaMu, jadikanlah aku wanita yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatMu, bersabar dengan setiap dugaanMu, dan redha dengan segala ketentuanMu..Amin~

~Sederhana~

“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!”(HR ABU DAUD)


BERSEDERHANA adalah sebaik-sebaik amalan yang dituntut oleh agama kita. Walau sesiapa pun kita, jgn lupa bahawa kita ini sama sahaja di sisiNya. Allah tidak pernah membezakan kita sebagai hamba mengikut pangkat, harta, kecantikan atau pun kejayaan di atas muka bumi ini. Yang dilihat adalah sebanyak mana amalan kita sebagai makhluk yang taat, juga sejauh mana usaha kita dalam mengejar sesuatu impian itu.
Namun adakah mesti untuk kita sebagai hamba yang hina dan tidak punya apa ini untuk bermegah dengan apa yang telah kita kecap selama ini.Kekayaan, kemewahan, kecantikan tidakkah semua ini hanya pinjaman? Bukankah lebih baik jika amalan merendah diri itu terus dijadikan asas yang kukuh dalam pengamalan harian kita sebagai seorang hamba. Barulah bertepatan dengan status kita sebagai seorang hamba.
Alangkah indahnya sekiranya kekayaan dan kecantikan itu digandingkan sama dengan limpahan budi dan nilai agama yang turut juga mencapai kemewahan tidak terhingga dalam diri kita sebagai seorang manusia.

Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS. 

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya. 

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.. 

Bersederhanalah. ..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara...

Monday, July 18, 2011

~Sudah~

Salahkah aku
Mencintaimu
Memilikimu
Menyayangimu
Jangan paksakan kita untukSlalu bersama
Jangan paksakan kita untukSlalu mencinta
Bila kita harus berpisah, sudah
Biarkan ini semua berakhir, sudah
Cinta memang tak harus miliki


~Mabuk~

Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk menaiki bas,dia duduk di sebelah perempuan tua.Menyampah tengok keadaan lelaki itu yang berserabut dan berbau masam,perempuan tua itu menasihati lelaki itu....


Perempuan tua : "Kamu tau tak kamu akan ke neraka...!" 


Si lelaki mabuk terkejut.Matanya terjegil macam orang sembelit.Dia terus bangun dan menekan loceng bas lalu menjerit...


Lelaki mabuk : "berhenti!Saya salah naik bas!"







~Tragedi~

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. 

Usin tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," 

Usin mencubit pipi Liza lembut. 

"Ayah, ayah, cepat la yah," 

Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. 

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." 

Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. 

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" 

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." 

Usin
berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak 
mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap 
kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. 

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,"

Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak 
keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok.
Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak 
ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok 
kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. 
Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. 

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" 

tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." 

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut."

Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. 

"Rileks Liza?tak ada apa-apa," 

Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. 

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" 

kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. 

"Sudah la tu bang." 

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." 

Usin
terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. 
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya 
tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... 

BANG!! 

"Usin....bangun Sin," 

sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. 

"Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" 

Bertubi-tubi
Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin 
menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin 
tepat-tepat. 

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" 

Usin masih terus menangis. 

PANGGG!! 

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? 

"Banyak
la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, 
tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" 

emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!


Sunday, July 17, 2011

~Cinta MukaBuku~


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

~Zikir Harian~

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.



HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
~ memperoleh harta yang banyak dan keberkatan hidup.


HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
~ diberi ganjaran pahala sebesar Gunung Uhud dan kekuatan ibadah kepadanya.



HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
~ mendapat rahmat Allah dan syafaat Rasulullah di dunia dan akhirat.



HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
~ dihilangkan satu titik hitam didalam hati dan diberi keampunan dari Allah.



HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
diampunkan dosa sebanyak buih dilaut atau pasir di bumi.


HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
~ diberi ketenangan hati dan merasa kelazatan zikrullah.



HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )
~ Allah akan hampir kepada kita dan memberi segala kebaikan hamba yang memujiNya.

~Bertepuk Sebelah Tangan~



Mungkin aku takkan bisa jadi seperti dirinya
yang mampu membuatmu merasa sempurna dan bahagia

Mungkin aku juga takkan bisa jadi seperti dirinya
yang mampu memberimu segala yang kau mahu


Mungkin aku takkan pernah bisa jadi sepertinya
yang mampu membaca dan mengerti apa yang kau cari

Mungkin juga aku takkan bisa sempurna sepertinya
yang mampu buatkanmu selalu cinta padaku


Inikah yang harusku terima
sebagai balasan mencintai dirimu
Aku terus tenggelam dalam kesepian bersendirian


Kini aku terluka dan terluka lagi
saat menyedari cintaku bertepuk sebelah tangan

Aku cuba untuk bertahan
menantikanmu mengharapkanmu
meski perit yang ku rasa
sakitnya tak tertahan


Disuatu saat aku menyedari
kau bukan milikku
dan perluku lepaskan segalanya
demi kebahagiaanmu...


Saturday, July 16, 2011

~Cepat Sembuh Sayang~

Hari ni 'my little sugar' demam..huhu =( mungkin sebab tido dlm ekon lama sgt kot..
cepat sembuh ye dear...muah3x 

tido je sepanjang hari..=(